Ayam sabung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayam sabung, ayam laga, ayam Bangkok, ayam Siam atau ayam baik (bahasa Inggeris:gamecock) adalah sejenis baka ayam. Ia digemari oleh para peminat ayam di sebabkan ciri-ciri sabungnya. Ayam sabung ialah ayam yang sanggup bertarung sampai mati. Di Thailand dan Semenanjung Malaysia, ayam sabung seakan-akan sama dari jenis baka dan cara aduannya. Sesetengah mengatakan ayam sabung dari Semenanjung Malaysia diimport dari Bangkok (Thailand) dan tidak mustahil ayam sabung ini seakan-akan sama. Manakala di Sabah, Sarawak dan sesetengah tempat di Indonesia ayam sabung ini berbeza daripada ayam sabung dari Bangkok kerana saiz ayam sabung ini lebih kecil dan seakan-akan ayam katik dan ayam hutan. Ayam ini juga dipercayai berasal dari Myanmar. Ayam ini juga dikenali sebagi ayam pisau kerana tajinya dipasangkan dengan pisau bersaiz lebih kurang 5 inci dan adunya tidak memakan masa terlalu lama iaitu sehingga 4 minit sahaja.
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan pengemar ayam laga cukup berminat dengan ayam sabung dari Bangkok. Mereka sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan baka yang baik.

Jenis ayam laga

  • Ayam Hujung Tanduk: mengunakan tanduk kambing hutan yang dibentuk menjadi seakan taji asli dengan panjang 3-5 inci,
  • Ayam Taji Asal: hanya menggunakan taji asli yang terdapat pada kaki ayam laga (tidak dipotong atau ditambah dengan taji buatan)
  • Ayam Batang Kaki: ayam ini pula tergolong dalm 2 jenis iaitu ayam yang tidak mempuyai taji dari asal (ayam gusi) dan ayam yang tajinya dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan