Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bantam (Ayam Bantam, Ayam katik atau Ayam kapan) adalah sejenis baka ayam kerdil. Dari segi etimologi, nama bantam diterbitkan dari Bantam, dahulunya adalah sebuah pelabuhan penting di Indonesia. Para kelasi Eropah membeli ayam hidup bagi pelayaran menemui baka tempatan kerdil di Asia Tenggara yang berguna dan baka-baka kecil ini dikenali sebagai ayam bantam.
Kebanyakan baka ayam besar mempunyai pasangan kerdilnya. Baka ini
biasanya mempunya saiz satu per lima dari baka standard, tetapi
memiliki ciri-ciri serupa dengan baka standard.
Ciri-ciri
Bantam sesuai untuk dipelihara di laman belakang rumah yang kecil
kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar sepertimana baka-baka yang
lain. Telur ayam Bantam betina bersaiz kira-kira separuh hingga satu
per tiga berbanding saiz telur ayam biasa. Ayam Bantam memakan makanan
sama seperti ayam-ayam yang lain. Bagi perternakkan komersial, ayam ini
diberi makanan berasaskan bijirin kerana ia lebih mudah dan senang
didapati.
Bantam kini menjadi terkenal sebagai haiwan kesayangan untuk tujuan
pertandingan kerana saiznya yang kecil yang mempunyai pelbagai jenis
dan warna bulu dan corak yang menarik. Baka-baka seperti Sebright, Belanda, dan Pekin merupakan baka-baka ayam yang terkenal dan merupakan ayam Bantam asli.
Ayam jantan Bantam juga terkenal di kawasan luar bandar di seluruh
United Kingdom dan Amerika Syarikat kerana sifat agresifnya. Ia
seringkali dipanggil sebagai "Banty" di kawasan luar bandar di Amerika
Syarikat.
Ayam Bantam Old English biasanya digunakan untuk sabung di
Eropah. Ia bersaiz kecil dan lebih pantas berbanding ayam jantan biasa
yang digunakan sebelumnya.
Bantam memiliki kadar kematian yang tinggi apabila dipelihara
sebagai binatang kesayangan di belakang rumah. Ia menjadi sasaran mudah
bagi burung helang, kucing, musang dan pemangsa-pemangsa kecil yang
lain. Purata umur Bantam yang dipelihara secara lepas-bebas adalah
kira-kira 1-3 tahun.
Bantam asli
Bantam asli merujuk kepada ayam bantam yang tidak mempunyai pasangan yang lebih besar. Jenis begini popular bagi tujuan pertandingan.
Ayam yang dikelaskan sebagai bantam asli termasuk:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan